Thursday, October 29, 2009

MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

p?s ; untuk renungan bersama...

Wednesday, October 28, 2009

PERKARA YG SUSAH NAK DIJANGKA

baru baru ni ade sorang member aku meninggal dunia...sebenarnya takde la baru sangat.......arwah meninggal mase raya ke...6.....hmm....tak silap aku. asbab kemalangan jalan raya........arwah tu satu kelas ngan aku dulu kt uitm. agak terase gak la akan kehilangannya...hmm...tu la kan...bila kita fikir fikirkan balik kan.....mati ni ialah satu perkara yg susah nak dijangka......satu perkara yg amat abstrak dan...subjektif. datangnya maut dengan pelbagai asbab musabab. ada org mati kene bunuh, nahas jalan raya, asbab penyakit kronik dan...mcm mcm lg la. bila tibanya masa kita mati pun kita tak boleh nak jangka........ramai la org skrg ni fikir mase muda ni kena enjoy...dh tua nanti bru la taubat. tp kn....smpt ke kita nk taubat bila dh tua nanti...hehehe. sedangkan bayi pun ada yg mati inikan pula bapak bapak dan mak mak bayi....fikir fikirkanlah.......hahaha....

Monday, October 26, 2009

assalamualaikum semua....
this is my 1st appearence..so,aku pun sebenarnye bknnye tau sgt pun nk gne blogger ni....just trying to test....haha...
hmm.....ape pendapat korg ble aku nk bincangkan pasal maut.....?ape yg terlintas kt fikiran korg......?hmmmm.....maybe bg sesetengah org maut ni satu bnde yg......mengerikan,menakutkan dan mcm mcm lg la......yg.......negatif.tapi kan.....ade juge yg anggap....maut adalah satu berita gembira......seperti mana para nabi dan rasul a.s,para sahabat r.a yg mana sudah tidak sabar untuk berteme dgn Rabb mereka iaitu Allah s.w.t.
hmm...bg aku kn.....maut itu ialah satu perkara yg pasti......
kehidupan kita sebagai seorang manusia di atas muka bumi ni ibarat seorang pemuda yg berlari kerana dikejar seekor harimau lalu terjatuh ke dalam sebuah perigi yg mana terdapatnya dua ekor buaya.akan tetapi, dia sempat mencapai seutas tali.tiba tiba, datang pula seekor tikus putih dan seekor tikus hitam menggigit tali sedikit demi sedikit.dalam kerisauannya tu,dia ternampak seekor lebah sedang terbang di atas perigi lalu menitiskan setitis madu tepat ke dalam mulutnya.atas sebab manisnya madu tu....pemuda itu sudah lupa akan masalah di sekelilingnya tadi,
hmmmmm......cuba kita fikirkan ttg kisah tadi....
pemuda itu ialah kita.....
harimau pula ialah maut......
perigi ialah kubur.....
dan 2 ekor buaya ialah malaikat munkar dan nakir.....
tali ialah nyawa kita........dan......
tikus putih ialah siang.....
tikus hitam ialah malam.....
dan........madu...........
itulah nikmat dunia yg sementara........