Saturday, May 12, 2012

Hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin




وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]

Kalimah pada asalnya memberikan makna satu perkataan tetapi yang dimaksudkan di sini ialah ungkapan atau jumlah ayat yang lengkap. Maksud al-kalimah al-hikmah di sini ialah ungkapan atau kata-kata yang mempunyai nilai bahasa yang tinggi dan mengandungi makna yang sangat halus, tinggi dan mendalam maksudnya walaupun ringkas dan terbit daripada seorang hakim iaitu yang bijaksana.
Imam Malik berkata: “Al-hikmah adalah kefahaman mendalam di dalam agama”[3]. Allah taala berfirman:


يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Allah menganugerahkan al hikmah (kepahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).[4]

Maksud sesuatu yang hilang dari orang yang bijaksana dan di dalam riwayat yang lain dari orang yang beriman ialah sesuatu yang sentiasa dicari dan dituntut olehnya dan bila ia mendapatinya daripada sesiapa sekalipun maka dialah orang paling layak memperolehinya sama ada dengan maksud untuk mengikuti atau mengamalkannya. Orang yang bijaksana di sisi agama dan beriman sudah semestinya menilai al-kalimah al-hikmah yang terkandung di dalamnya kebenaran di sisi agama dan ia tetap menerima di mana sahaja atau daripada sesiapapun.
Setengah ulama mengatakan maksud di sini ialah kemampuan manusia untuk memahami sesuatu maksud daripada al-Quran dan hadith adalah berbeza. Kerana itu bagi orang yang tidak mampu untuk memahami maksud-maksud yang tersembunyi daripada sesuatu ayat atau hadith maka ia tidak boleh sama sekali untuk mengingkari orang yang mempunyai kemampuan untuk memahami dan membuat kesimpulan daripadanya. Ini adalah kerana orang yang diberikan rezeki oleh Allah untuk memahaminya adalah merupakan seorang yang bijaksana yang telah memperolehi al-kalimah al-hikmah yang kehilangan daripadanya sebelum ini.
Maksud yang lain ialah kadang-kadang al-kalimah al-hikmah diungkapkan oleh seorang yang tidak mempunyai kelayakan dengannya dan bila ia diperolehi oleh orang yang layak dengannya iaitu al-hakim maka dialah yang lebih layak dengannya daripada orang yang memperkatakannya tanpa memandang kepada rendah atau tinggi kedudukan orang yang memperkatakannya.
Hadith ini juga menunjukkan bahawa seorang alim itu tidak harus menghalang orang lain dari mendapatkan ilmunya bila ia fikir orang itu berkelayakan untuk memahaminya dan begitu juga sebaliknya tidak harus ia memberikan sesuatu ilmu kepada orang yang tidak berkelayakan kerana ilmu itu bukanlah merupakan sesuatu yang hilang daripadanya.
Di antara pengajaran daripada hadith ini ialah seseorang hakim atau ahli ilmu sepatutnya sentiasa mencari-cari dan mendalami al-Quran dan hadith yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti seseorang mencari barangnya yang hilang. Pengajaran yang lain ialah kebenaran mestilah diterima tanpa mengira daripada siapa ia datang dan bukan kerana melihat kepada orang yang menyampaikannya. Benar sekali apa yang diungkapkan oleh bijak pandai yang berbunyi:


“Kenalilah seseorang itu kerana kebenaran (yang dibawanya) bukan mengenali kebenaran kerana seseorang (iaitu menerima sesuatu sebagai kebenaran berdasarkan orang yang mengatakannya bukan berdasarkan kepada sesuatu dalil) dan kenalilah kebenaran nescaya engkau akan mengenali ahlinya.[5]



[1] Lafaz hakim yang terdapat di dalam riwayat yang dikemukakan oleh pengarang Misykat al-Masabih ini tidak terdapat di dalam mana-mana kitab hadith utama. Sebaliknya di dalam Sunan Ibnu Majah dan Jami’ at-Termizi lafaz mukmin digunakan di tempat lafaz hakim. Makna bagi matan hadith yang terdapat di dalam dua kitab tersebut adalah “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah barang yang hilang daripada orang mukmin”.
[2] Sunan Ibnu Majah Bab Hikmah, Sunan at-Termizi Bab Hadith Yang Datang Berkenaan Kelebihan Kefahaman Mendalam Daripada Ibadat. Imam at-Termizi berkata: “Ini adalah hadith ghorib, kami tidak mengetahuinya kecuali melalui jalan ini. Ibrahim bin al-Fadhl adalah seorang yang dho’if dari segi hafalannya.
[3] Tuhfah al-Ahwazi Juz 7 hal. 381
[4] Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 269
[5] Di dalam sesetengah kitab kata-kata ini dinisbahkan kepada Sayyidina Ali r.a. dengan sedikit perbezaan antara satu sama lain. Penulis tidak menemui rujukan yang boleh dipertanggungjawabkan untuk dinisbahkan kepada beliau.


sumber:: http://tamanulama.blogspot.com/2012/02/hikmah-adalah-barang-yang-hilang.html

Syeikh Abul Hasan Ali An Nadhwi, zuhud yg berjiwa sufi

Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi merupakan seorang ulama dan pemikir Islam yang ulung. Beliau dilahirkan pada 6 Muharram 1333H / 23 November 1914M di Takia Kala, Rae Berily, India. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abdul Hayy bin Fakhruddin bin Abdul Aliy al-Hasani. Nasabnya sampai kepada Hasan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau amat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Ayahnya Sayyid Abdul Hayy seorang ulama diIndia manakala ibunya juga seorang pendidik dan hafaz al Quran serta syair-syair sejarah Islam dalam bahasa Urdu.
Dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu, tidak hairanlah minat membaca beliau terserlah sejak kecil lagi. Beliau gemar mengumpul kitab dan mempunyai satu sudut bacaan sendiri yang dinamakan sebagai Maktabah Abil Hasan Ali (Perpustakaan Abul Hasan Ali).
Sejak kecil juga Syeikh Abul Hasan telah didik dengan pelbagai ilmu pengetahuan meliputi bahasa Arab, nahu, syair, sastera Arab, tafsir, fiqh, hadis dan sebagainya. Ramai dikalangan gurunya datang dari India dan ada juga di antara mereka yang datang dari Madinah. Diperingkat awal, beliau hanya belajar di rumah dan di madrasah Nadwatul Ulama. Setelah itu beliau mengorak langkah keperingkat yang lebih tinggi di Universiti Lucknow dan di sini, beliau telah berjaya mencapai kecemerlangan tertinggi dalam bidang Bahasa Arab. Kemudian beliau meneruskan lagi pengembaraan ilmunya hingga membawa beliau ke Lahore. Di sinilah dia bertemu dengan seorang sarjana dan pemikir agung dunia Islam iaitu Dr. Muhammad Iqbal. Kekaguman beliau dengan karya-karya Iqbal mendorong beliau untuk menterjemahkan beberapa syair Iqbal daripada Bahasa Urdu kepada Bahasa Arab, walaupun usianya pada ketika itu hanya sekitar 15 tahun sahaja.
Sifat Peribadi
Peribadi Syeikh Abul Hasan sangat sederhana, zuhud, berlapang dada serta terpancar keikhlasan dakwahnya sehingga membuatkan beliau senang didampingi, tidak kira peringkat umur dan darjat seseorang manusia itu.
Beliau adalah seorang yang berperibadi zuhud dan tidak membezakan antara manusia dalam dakwahnya membuatkan ulama terkenal Mesir, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengkagumi keperibadian beliau.
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: "Saya mengenali keperibadiannya dan juga karya-karyanya. Saya mendapati pada dirinya hati seorang muslim yang sejati dan pemikiran Islam yang tulen. Saya mendapati beliau sentiasa hidup dengan Islam dan untuk Islam. Saya kira bukan saya seorang sahaja yang mencintainya tetapi semua orang yang mengenalinya pasti mencintainya, bahkan sesiapa yang lebih mengenalinya pasti akan bertambah kecintaan terhadapnya."
Dakwah dan Pendiriannya
Mencontohi pendekatan dakwah ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam As Sirhindi r.a dan Maulana Ilyas r.a, serta beberapa tokoh Islam yang agung, Syeikh Abul Hasan telah membawa suatu manhaj dakwah dan tarbiyah yang menyeluruh, dengan menggabung jalinkan beberapa manhaj dan pendekatan, menjadi suatu kombinasi di antara sistem lama yang berkat dengan sistem baru yang bermanfaat. Menurut beliau, kefahaman yang jitu terhadap dasar-dasar dakwah akan menjadikan seorang daie’ benar-benar berdakwah untuk Allah bukan untuk kepentingan peribadi atau selainnya. Prinsip yang perlu ada ialah berdakwah untuk kebaikan umat seluruhnya bukan untuk keuntungan kelompok atau diri sendiri. Dasar-dasar yang digariskan beliau dalam melaksanakan dakwah itu merupakan himpunan daripada dasar "At Tasallub Fi Al Usul" iaitu tegas pada prinsip dan "Al Murunah Fi Al Wasail" yakni anjal dalam perlaksanaan.
Usaha gigih Syeikh Abul Hasan dalam menyampaikan kalimah haq bukan sahaja dikagumi oleh dunia Islam malah mendapat pengiktirafan daripada masyarakat Barat khususnya di Eropah. Banyak undangan ceramah dan seminar yang beliau terima daripada institusi-institusi terkemuka di Eropah seperti di GenevaParis,CambridgeOxfordGlasgowEdinburgh dan Sepanyol. Rata-rata dikalangan pendakwah dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan, baik di Timur mahupun di Barat mengenali tokoh ini. Malah adakalanya walaupun tidak berkesempatan mengenali peribadi beliau secara langsung tetapi apabila kita membaca hasil-hasil karyanya kita akan merasakan seolah-olah beliau adalah guru kita yang duduk bersama-sama kita.
An-Nadwi juga begitu peka dengan sistem pendidikan dan banyak mengkritik golongan orientalis yang menyelewengkan fakta sebenar mengenai Islam. Dari segi faktor keagamaan, tujuan orientalis adalah menyebarkan agama Kristian dan menonjolkannya lebih daripada agama Islam. Di samping itu, mereka cubamembangkitkan rasa bangga terhadap mereka ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Dari segi politik, golongan orientalis adalah utusan barat ke negara-negara Islam dengan tujuan membuat penyelidikan yang berhubung dengan adat, bahasa, tabiat dan jiwa orang-orang timur. Melalui cara ini, barat dapat meluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke atas umat Islam. Walaupun begitu, ada juga golongan orientalis yang membuat penyelidikan semata-mata kerana rasa minat mereka terhadap ilmu. Menurut al-Nadwi, antara orientalis yang menghasilkan penyelidikan yang baik yang wajar diberi penghargaan ialah Prof. T.W. Arnold, pengarang buku Preaching of Islam, Stanley Lane pengarang buku Saladin (Salahuddin al-Ayubi) dan Moors in Spains, Dr. Aloys Spenger Edward William Lane, A.W.J- Wensinck, yang telah menyusun Mu‘ajam Hadith. Semua pengarang-pengarang ini menunjukkan keikhlasan mereka dalam membahaskan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor politik, ekonomi dan agama.

An-Nadwi telah memberi kritikan pedas terhadap golongan orientalis yang seharusnya direnung oleh pelajar-pelajar muslim yang lain. Beliau menyebut bahawa dengan mengakui sumbangan ilmu orientalis ini, tiada halangan baginya untuk menegaskan bahawa kaum orientalis ini sering tidak beroleh taufik dari Ilahi walaupun mereka banyak melakukan penyelidikan dan penggalian terhadap ilmu-ilmu al-Qur’an, sunnah, sirah nabi, feqah Islam, akhlak dan tasauf. Mereka hanya keluar dengan tangan hampa tanpa memperolehi apa-apa dari keimanan dan keyakinan. Sebaliknya didapati b
ertambah besar jurang yang memisahkan mereka dengan ilmu tersebut disebabkan oleh iktikad permusuhan yang terpendam dalam hati mereka. Tujuan mereka hanya ingin mencari kelemahan tentang Islam dan mengemukakannya untuk maksud politik mahupun keagamaan.

Menurut an-Nadwi, umat Islam sekarang menghadapi kejumudan pemikiran atau mendapnya kecerdasan akal yang menimpa sarjana Islam atau pusat-pusat pengajian Islam semenjak waktu yang lama. Begitu juga, jarang ditemui ulama yang dapat meyakinkan generasi muda mengenai keunggulan Islam dan keabdian ajaran agama untuk mereka melayari kehidupan serta menyingkap takbir kelemahan-kelemahan peradaban barat dan sorotan yang ilmiah dan analisa yang teliti.
Beliau turut menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan fahaman ini dapat menawan jiwa orang-orang Islam. Antaranya ialah pertamanya kelemahan orang Islam dari sudut keimanan, ijtihad dan ilmu pengetahuan. Fikiran menjadi sempit dan keghairahan terhadap agama mereka telah lenyap sama sekali. Keduanya para ulama tidak memainkan peranan yang sebenar dan tidak pula berusaha untuk memimpin orang Islam lain terutama anak-anak muda Islam. Ketiganya penjajahan yang berlaku ke atas negara-negara umat Islam. Orang-orang Islam mengkagumi falsafah barat yang dianggap mengandungi kebenaran dan kemajuan.
An-Nadwi berpendapat bahawa jalan yang paling selamat dalam mendidik umat Islam ialah kembali beriman kepada Alllah sebagaimana Rasulullah dahulu telah melaksanakannya dengan begitu berkesan. Kemungkaran dan kerosakan adalah berpunca dari keengganan manusia untuk kembali kepada penawar dan rawatan nubuwwah. Hanya dengan kembali kepada bentuk didikan di atas sahajalah manusia masa kini dapat diselamatkan sebagaimana manusia pada zaman dahulu diselamatkan oleh Rasulullah. Oleh itu, beliau menyarankan umat Islam kembali kepada acuan madrasah kerasulan.
An-Nadwi menggunakan manhaj dakwah dengan berteraskan kepada al-Quran kemudian hadith dan sirah serta kisah-kisah para sahabat. Ini jelas terbukti dalam bukunya Rawa’i min adab al-da’wah yang mana beliau mengambil contoh-contoh dakwah para nabi-nabi yang bersumberan al-Quran dan al-Hadith.Di samping itu, beliau mengakui manhaj itu mungkin berbeza dari satu tempat dari satu tempat yang lain kerama dakwah mesilah mengambil kira masalah lingkungan , sausana dan persekitaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan ialah dakwah yang mengambilkira realiti yang ada. Di samping itu, pendekatan hikmah dan bijaksana perlu diberi perhatian.al-Nadwi juga menyarankan memahami al-Quran dengan mendalam, sejarah dakwah dan tokoh-tokoh dakwah serta adab-adab Islam. Kebanyakan bidang tersebut telah ditulisnya untuk penyediaan kepada para pendakwah.
Karya Yang Membuka Mata Dunia
Siapa yang tidak terkesan bila mana membaca karya agung beliau berjudul "Apakah Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam" yang pernah pada suatu ketika menggoncang hati para pemimpin dan ulama’ di dunia Arab. Hingga sekarang karya yang berusia lebih 50 tahun itu, tetap menjadi rujukan umat seluruh dunia malah telah diterbitkan dalam berbagai-bagai bahasa seperti Inggeris, Parsi, Urdu, Arab, Hindi, Melayu dan lain-lain. Beliau telah berjaya membuka pandangan sempit pemimpin dunia Islam yang menganggap bahawa kekayaan material yang dimiliki oleh masyarakat Eropah adalah segala-galanya sedangkan mereka di sana telah bankrap dari segi pemikiran dan kerohanian. Dengan pandangannya yang tajam, Syeikh Abul Hasan an-Nadwi berjaya membawa suatu natijah yang berguna untuk mengeluarkan umat manusia daripada kongkongan hidup jahiliyah moden kepada naungan Islam yang sebenar. Sebagaimana yang beliau nukilkan bahawa hanya umat Islam sahaja yang layak untuk mentadbir dan mengatur dunia ini, tanpa Islam dunia akan menghadapi penderitaan dan kerugian walaupun manusia memiliki segala kecanggihan dan kemudahan hidup.
Dijemput Ilahi
Setelah hampir tiga suku usianya dihabiskan dengan perjalanan ilmu dan dakwah, menyeru umat Islam agar kembali teguh kepada al-Quran dan sunnah, maka pada tengah hari Jumaat, 23 Ramadhan 1420H / 31 Disember 1999M, beliau telah dijemput Allah SWT pulang ke sisiNya ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri solat Jumaat di kediamannya, ketika usianya mencecah 85 tahun. Sebagai mengenang jasa beliau yang telah dicurahkan untuk kepentingan agama, maka telah diadakan solat jenazah ghaib di dua tanah suci iaitu di Masjidil Haram di Makkah al Mukarramah dan di Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah pada malam 27 Ramadhan 1420H.
Pemergiannya dirasakan sebagai suatu kehilangan permata yang amat berharga. Perjuangan dakwahnya yang tidak mengenal noktah itu, seharusnya menjadi contoh dan ikutan oleh generasi kini. Beliau pernah berpesan kepada generasi muda bahawa belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkiyah ruhiyah, semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap.
Selamat jalan wahai mujahid. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat yang luas ke atasmu dan semoga engkau bersama-sama dengan para anbiya’, auliya’ dan para kekasih Allah. Amin.

Monday, March 14, 2011

Makan JOM!!!!!


tringat aku mse study kt matrik kuale pilah dlu..................................


kruuuuk...kruuuukk...hehehe...lapo le pulok!haha..
nak makan...nak makan...
chop chop!!hehe...nk makan...??jangan makan sorang2...
kalo nk makan tu..ajak member2 se
kali...bru syok...
=D

lalu di suatu petang......aku bersama sorang lg sahabat aku iaitu muhd noor...(sbnarnye..dia yg ajak aku g bli makanan..hua3) bergegas ke kafe B...utk MENAPAU makanan...lauk kentang ferevet muhd noor kompom2 ade punye..haha..ayam yg dipilih..BESAU2...haha...almaklum la..nk makan ramai2...huhu..kuah pulak jgn cakap la...pnuh plastik...heh33..nasi pon satu hal lg..sampai nk pecah polisterin tu kami sumbat..haha
=P

lalu kami pon angkut la segale makanan yg dibeli ke surau al muttaqin...buat port di bahagian menghadap padang...
sahabat2 yg laen seperti misbah..hasan basri..jamal..abg sani...farid..hafiz...bro jawa jgn lupe jgk..haha..hmm...lg sape ek..??abg hensem YDP..shafiq n rmai lg...(rmai lg ke..??hahaha..sbnarny aku xingt sape yg ade lg mse tu..hua33) telah bersiap
siaga di medan pertempuran..huahahaha!!

team khidmat pon bergegas la nk siapkn peralatan pertempuaran seperti membentang saprah dan mnyediakan talam..gne talam la..senang sket keje nk basuh nnt..(Allah bg senang)
lalu makanan pon diagihkan...sme rata..ade balance kita simpan utk sape2 yg mau tmbah lg..

heheheheehe...td tu intro je...
sbnarnye...aku di sini nk mmbincangkan tntg cara makan mngikut sunnah Nabi SAW..
hmm..cmne cara Nabi makan...??sblum
makan...ape yg perlu kita buat...??

BASUH TANGAN DULU LA...
  • hehe..basuh kedua2 belah tangan..pastu berkumur2...

pastu...ape lg nak kene buat...??
TUNGGU MAKANAN SAMPAI KE KITA..
  • jangan pulak makanan yg tunggu kita...hehehe..
    makanan kalau dh terdedah lama...tak best la nak makan...kan..??
    makan musti mau yg fresh...nak yg TERBAEK DARI LADANG...huahaha!!
  • apabila makanan sudah smpai...sudah nampak itu makanan...
    bacalah doa yang sudah kita belajar dari tadika dulu
    ALLAHUMMA BARIKLANA FIIMA ROZAQTANA WAQINA 'AZABANNAR..amin.
hmm...pastu..??nak buat ape lg...??hehe..makan la!haha..
chop!sebelum suap tu...takkan takde bace
ape2 kot...hish...tak sabo2..haha
bace..BISMILLAHI WA'ALA BARKATILLAH...

chop!sebelum tu..gimana ya caranya mau duduk ya pak..??
hmm..ada gmbar nggak..??
eh...musti ada lorh...liat di bawahnya..
owh...cmni rupenye careny..
cara Nabi duduk ketika makan ialah lutut dan paha kanan dinaikkan duduk di atas kaki kiri..
lebih kurang seperti cara satu orang brader dlm gmbr di atas tu duduk...hehe

Bile dh duduk...mesti le nak makan..hehe...
jd..MAKANLAH GUNE TANGAN...KANAN...
knape makan gune tangan kanan..??knape xleh gune tangan kiri...??sbb syaitan yg gune tangan kiri utk makan...ish3...

mase makan tu...janganlah senyap sahaje..isikan dgn perbualan yg berfaedah...yg mnjadi asbab manfaat kpd ummat...hehe

satu lg....AMBIL MAKANAN DARI TEPI DAHULU..bila yg tepi dah habis..barulah ambik yg kat tengah...juga dipesan...AMBIL BAHAGIAN YG BERDEKATAN DGN KITA DAHULU...kalo lauk tu jauh dari kita..mintak la kat org yg dekat dgn lauk tu...nmpk sopan sikit...huhu

ELAKKAN MAKAN BERSULAM DGN AIR MINUM..
(tp kalo dh tercekik tu minum jela...hehe)

SETELKAN MAKANAN SELICIN YG BOLEH...
sbb membazir tu amalan syaitan...satuhal lg...kita tak tau kt bahagian mane Allah turunkan barokah kpd makanan tu...hehe..jd...kita pulun!!!hohoho

sesudah makan...JILAT JARI ANDA...
sebenarnya ada doa utk jilat jari ni...tp aku lupa la doa dia...
pada sape2 yg tau...sila komen post ini ye...hehehe...jazakallah

seeloknye...MAKAN BUAH2AN SEBELUM MAKAN MASAKAN YG KITA NAK MAKAN.
omputih ajor kita makan buah lpas makan makanan berat..sebenarnye terbalik..
hmmmmmm.......

jd....itu aje la yang aku mampu kongsi dgn kome...hehe..
ish3...banyak ye yg aku dah lupe...asbab salah sndiri...kurang muzakarah..
insyaAllah...azam semua ye...
segale yg baek dtg dari Allah...

wassalam...hoho

p/s: ape beza org yg makan...dgn org yg jaga makan...??
org yg makan...dia makan je kejenye..ape2 bende pon..dia bedal je...
org yg jaga makan..dia hanya makan bende yg terbaek utk dirinya..
=)

Thursday, March 10, 2011

TAK PUAS HATI!!!

ALLAHU AKBAR...(aku mngeliat..haha..adoi..ltehny rse badan...nape lteh sgt ni...???tak amal zikir fatimah sblum tido kot ni..hadoyai..haha)


Ape kabar sume...??kabare..??hawauyu(how are u)..??smoga korg baek2 blake insyaAllah..sbb sume yg blaku kt dunia ni sumeny atas izin Allah...kn kn kn...??hohoho..


mngeluh...keluh kesah...gundah gulana..serba tak kena..sering terjadi kepada kita sbagai manusia..
MENGAPAKAH....??MENGAPAKAH....??mngapakah ini semua terjadi kpd diriku ini...??(ayt drama sket..hoho)


sedarkah kita bahawa manusia ni kalo diikutkan la kn...hmm..tak pernah puas!kan..??
mmg itulah yg akan terjadi sekirany...mngikut nafsu smata mata..


yg ada harta...nk tmbah lg harta utk dibolot sorang2..tamak haloba..
bile org pesan supaya bayar zakat..dibalasnya balik
"ahh..ape zakat2...??ni duit aku..harta aku..kalo diorg tu nk sgt duit..keje la!"
ade ke patot...??padehal dgn asbab zakat la Allah redha dgn harta dia tu..


kalo bab makan plak...hahaha!!lg la...pergh..sume nk balon!
nk order nasik goreng..ayam panggang..pulut panggang..pulut kuning..pulut derian..(ceh..apehal aku asyek ckp pasal pulut je ni..??hahaha!!)
bile dh order byk2 cmtu...lalu berusahalah si fulan nk mnghabiskan dan menyetelkan makanan yg telah diorder..tapi tak habis..lalu membazir..hmm...


yg paling best kalo sentuh bab keje...
pergh!mmg banyak la berlaku rase tak puas hati..

TAK PUAS HATI KAT BOS....
pasal gaji x naek2..
pasal buat keje truk2..pulun habis habisan..bos x puji pon..kne maki ade la..
bos bg keje nk btimbun je...cuti pnye payah nk bg..smpai MC pon kne potong gji jgk...ape ke he nye yob...??

TAK PUAS HATI KAT RAKAN SEKERJA
ni satu hal lg..
tgk org laen kne puji iri hati..
tgk org laen naek gaji mula la dengki...
tgk org laen senang dpt cuti...lg la sakit hati..
ble dh start dengki mengdengki...syaitan mula mnguasai..nafsu telah berjaya mngatasi fikiran aqli...
lalu berdendam...kesumat di hati..
macam2 la dibuatnya lpas tu...nak bagi orang yg didengki tu down...jatuh...tersungkur..kalo boleh..hidup merana..merempat..
attack dari segi fizikal...mental...paling dahsyat guna sihir la..bukanny sihir tu yg dahsyat..sihir tu x dahsyat..bukan sihir yg bg manfaat dan mudhorat tp ALLAH yg bg manfaat dan mudhorat!
tp di sini nak mnceritakan betapa 'hardcore'nye cara manusia nak memnuhi KEHENDAK..


hmm...akhir kate,,,hati2 la dgn sekeliling kita..tetapkan iman yg sohih dan amal yg soleh..
ikut cara yg diajarkan oleh baginda Nabi SAW..insyaAllah..berjaya..dunia akhirat..

=)
wassalam


p/s: jgn jd mcm si usop dlm cite hantu kak limah tu...asyek nk bako je kojenye..

Tuesday, October 26, 2010

Jaminan Jannah dari Allah SWT kepada Orang Islam

Bismillahi tawakkaltu 'alallah...wala haula wal quwata illa billah..

Assalamualaikum warohmatullah..

dan salam muhibbah..

(ayat ni berita tv slalu pakai dlu..sblum diorg gne salam 1 Malaysia..wuhu!)

hari ni...aku bukak la inbox PM aku kt fb td..sbb ade msj masuk..hehe..

ade la sorang hambe Allah yg budiman ni..send kt aku sedikit info..

bang sumin namenye..dari negara jiran kita..Indonesia..

(Malaysia..Indonesia..jgn gadoh2 ye..x baek..korang tu dh la jiran...hehe)

jadi...aku selitkn la kt note aku ni..hehe..

copy paste jela..al maklum la..aku ni..bknnye ostat..bru je nk start2..

doakn aku supaye lekas jd ostat..insya Allah..wuhu! =P

petikan berikut ialah sepeti yg tertera di bawah:-

Islam ada jaminan masuk syurga dari Allah SWT hal ini dapat di lihat di ayat dan hadits berikut:

1) Hadits riwayat Bukhari dan Muslim: Barang siapa yang mengucapkan laa ilaa ha ilallah (Islam) dengan ikhlas akan masuk surga.

2) Al-Baqorh ayat 82: Dan orang-orang yang beriman serta beramal shaleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya.

3) An-Nisa ayat 122. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?

4) At-Taubah ayat 100: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

6) Al-Mu'min ayat 40. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab.

7) Allah berfirman: "Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. Bagi mereka surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida terhadap-Nya. Itulah keberuntungan yang paling besar"..

DAN MASIH BANYAK AYAT-AYAT LAIN YANG MERUPAKAN JAMINAN ALLAH TERHADAP ORANG ISLAM

subhanallah..ni la tnda yg Allah SWT ni..sgt2 sygkn para hambenye..xde sape kt dunia ni dapat mnandingi kasih sayang Allah kpd kita..bahkn mak kita skalipun..

ade 1 riwayat mngatakan..(korang rujuk ostat n ulama' smule tau..takut2 aku tersilap ke..ye..??)

kasih sayang Allah itu..70 kali ganda daripada kasih sayang seorang ibu trhadap anaknya..

ibu mane yg x sygkn anak..kn..??korang sndiri tau le kn..macam mane mak korang sayangkn korang..hehe..

haish..rindu lak aku kt mak aku...

mak!!nantikan kpulangan anakmu!!!wuhu!!

ok la..kita tangguh dulu ye..aku tgh minggu final ni..smbung stady jap..hehe..

sgale yg baek itu dari Allah Taala..

yg lemah itu..asbab diri aku sndiri...

wallahu a'lam..

wassalam..

=)

p/s: buang bayi skang ni dh smakin berleluasa..nmpknye skang ni..dh rmai mak yg x syg anak...

hmm..btul ke yg buang anak tu..MAK...??hmm..kalo korang tny aku...aku jwb..BUKAN..hehe..

sbb ikut kefahaman aku..MAK itu sgt SAYANGKAN anaknye..hehe

Sunday, October 24, 2010

Tanda-Tanda Kematian

mati ialah jnji Allah..dan jnji Allah itu PASTI..

assalamualaikum warohmatullah..salam sejahtera anda kalian..
bile sbut pasal mati..
(tetibe ade suare naek..ish dia ni..asyek sembang mati...je..dh le kt blog ltknye gmbr kubur..sembang le bnde laen..bnyk lg topik menarik..)
hmm..cmne le..nk ckp ye..??kita ni hidup x lame..
jd..kne le ingt mati..lgpon..Allah Taala ni suke akn hambenye yg ingtkn mati..

mati = kembali ke hadrat Allah S.W.T

pergh..dh mcm mathematician lak ye aku ni...woho!pasni..leh le aku dpt anugerah nobel..
huh!diorg nk ltak gmbr aku kt sebelah gmbr albert einstein...terbaek la!!hahahaha!!

(bnde ni ke yg kita patot kejar2...??
bnde ni ke yg Allah nk tgk kt padang mahsyar kelak...??
ade ke bile gmbr kita diorg ltak kt sbelah gmbr einstein..kita dijamin berjaya di sisi Allah Taala..??
Bile kita dh kmbali ke hadrat Allah SWT..ape yg bernilai...??
yg bernilai ialah ape yg Allah SWT pandang..ape bndenye...??
ini dia...iman yg sohih...dan amal yg soleh..)

tringat para sahabat Nabi SAW..diorg ni..masya Allah...
rindu mati..siap tny kt Nabi lg...(aku x ingt hadis dia..ni mafhum lbeh kurang jela..maklomla..bkn ostat..bru nk start2..kalo ade yg betul..tolong tegur ye..hehe)
ade di kalangan diorg ni tny kt Nabi..boleh atau tidak mohon kpd Allah supaya cepatkan ajal...
sebab dah trlampau rindu nk berjumpa Allah Taala..
Nabi balas, mafhumnye lbeh kurang..tidak boleh mohon dipercepatkan ajal..kerana Allah telah menetapkannya..

kt bawah ni..aku ade selitkan sikit la..pasal tanda-tanda kematian...yg dtg kpade kita x kenal mase dan usia..

100 hari sebelum kematian: Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian: Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian: Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian: Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur- ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian: Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian: Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.

sumber : Tausyiahislamiyyah

jadi...tu le serba sedikit yg aku boleh kongsi ngn korang sume..hehe..
aku ni byk bnde yg xtau...hnye insan biasa..yg bergntung hidup dgn penciptanya..
iaitu Allah SWT..

jadi...yg baek itu dtg dari Allah SWT...yg buruk itu ialah asbab lemahnye diri ini...
insyaAllah..laen kali...ade le bnde baru..wuhu!
semoga aku dan korang sume dapat ambik iktibar..amal dan sampaikan..insya Allah..
wassalam...... =)

p/s: jgn bunuh diri pasal nk mati cpt lak...ish3...
niat x menghalalkan cara...renungkanlah..haish!!!!wooooiiii!!!
aku: jgn teghojon!!!!(terjun)
org yg trjun: aku ni kojeny mmg terjun..lgpon..aku pakai payung..bknny nk bunuh diri
ish kamu ni...
aku: hehe..sori le yob

jgn serkap jarang..x elok...wuhu!

ya Allah...banyakny DOSA teman...

bismillahirrohmanirrohim..

alhamdulillahi robbil 'alamin..

wabihinnasta'in..wa 'ala 'umuriddunya waddin..

wanusolli 'ala rosulihil karim..wa 'ala alihi wa ashabil ajma'in..

subhanaka la 'ilmalana illa ma 'allamtana..innaka antal 'alimul hakim..

qola robbish rohli sodri wa yassirli amri..wahlul 'ukdatammillisani..yafqauhul qauli..

'amma ba'ad..aih...CIKGU RAMLI ni nk berkhotbah ke..??eh,idok le...

(tringt cikgu ramli husin,cikgu math skola aku dlu..kt atas ni ialah ayt yg slalu beliau lafazkn semasa ibda'ul dirosiyyah..atau name familiarnye..permulaan kelas...hehe)

assalamualaikum dan salam marhaban le org kabo..hehehe..

kali ni..teman rse..maleh le nk ckp slang peghok..pasalnye..ade yg x phm..

ape mike ckp td..??biyokan aje..??haish!ate mane maunye ghope tu..kalo deme tu xphm..baek teman xyah nulih ghope ni..

hehe..

(jgn tpengaruh ye..sesungguhnye yg bg fhm ialah...ALLAH!!)

td aku ade la tgk2 nota kwn2 fb aku..ade le tjumpe 1 nota ni..bru letak kot..

hmm..korang nk aku letak kt sini ke..??hehe..insyaAllah..boleh aje..

aku mintak share dh..hehe..sharing is caring bak kate omputih..woha!
eh..ni cm tgline abg hamka kereta mayat je..kne tukar ni..hehe..
WOHO!

nota tu..crite pasal..DOSA..masya Allah tuan2..kita ni..umat nabi Muhammad,umat akhir zaman..byk bnde salah yg kita dh buat..

name pon manusia..insan..yg mmbawe mksud..lupe..

(kate dasar dia aku xingt la..rujuk ostat ye..aku ni bkn ostat..)

dan bile dah lupe..jgn le kita terus lupe...usahalah kita utk sedar kmbali kesalahan kita yg lepas2..

aku ni pon..byk dosanye..ya Allah..ampunkn aku..

so..ape yg aku bce kt nota tu..??

aku telah sedar bhawa..dosa tu..ade 4 peringkat..ye,ade 4 peringkat dosa yg mane..kita boleh ambik iktibar insya Allah..

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang yang telah melakukan dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang telah melakukan dosa. Jika seseorang itu berterusan melakukan dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua pula.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa penyesalan diatas perbuatannya itu. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi di mana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak. Ucapannya juga akan membawa kepada unsur murtad. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa aje..setakat sebotol tak mabuk lagi” Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula memandang hina atas kebaikan atau kebajikan. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri mereka.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah,

“Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.”

Rasullullah menjawab,” Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap.”

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut.”

Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”

hrp2 aku dan korang semua..(kita la tu..huhu)..dapat ambik iktibar..amal dan sampaikan..insyaAllah..

wassalam...